Saturday 4 January 2014

Perjalanan Seorang Bakal Ibu

Assalamualaikum...salam 'sabtu'day semua

Kali ni iqa nak cerita sikit pengalaman sendiri bagaimana iqa berusaha untuk hamil,saat disahkan hamil dan penjagaan sepanjang kehamilan.

Sejak bernikah iqa memang sangat-sangat berharap iqa terus mengandung. Bulan pertama,belum lagi. Masuk bulan kedua,tak lekat lagi. Suami dan ibu lah jadi tukang pujuk iqa. Mereka selalu cakap yang Allah akan bagi rezeki anak ni waktu iqa betul-betul bersedia. Benar, Allah telah merancang yang terbaik untuk setiap hambanya. Sebab bulan pertama dan kedua perkahwinan, iqa sedang sangat-sangat sibuk menghabiskan saki-baki pengajian, sibuuukkk saaangatt siapkan tesis akhir,persediaan untuk viva lagi. 

 Lagi satu perkara, sebenarnya mula-mula berkahwin iqa tak tetap dalam pengambilan supplemen, konon-konon busy betul dengan pengajiaan, busy belek suami ^_^, sudah masuk bulan ketiga barulah terkedek-kedek nak telan semua supplemen dan vitamin yang ada (yelah kita perlu berusaha kemudian barulah berserah pada yang Esa). Antara sebab iqa menulis, sebab iqa nak sangat sangat sangat sangat berkongsi dan membantu kawan-kawan yang berusaha nak hamil. 

Ini antara supplemen yang iqa ambil sebelum hamil

 
SET KESUBURAN

Tu diaaaaa....inilah antara supplemen yang iqa consume untuk menjayakan misi mengandung cepat ni. Sebenarnya, kebanyakan supplemen ini adalah antara supplemen yang sama dengan supplemen yang terkandung dalam SKINCARE SET. Jadi,ala-ala 2 in 1, menyuburkan badan sesubur pokok bunga kertas depan rumah kita tu, dan juga mencantikkan,mencerahkan dan membaiki kekurangan pada kulit muka kita. 
Mengapa perlu pengambilan supplemen bagi mereka yang ingin hamil?
  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. Cecair serviks membantu sperma untuk hidup lebih lama iatu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio
  •  Mengatasi masalah kewanitaan (keputihan,senggugut)  
  • Menguatkan rahim
  • Mengekalkan keinginan seksual 
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah'
  • Menyuburkan organ reproduksi juga membentuk sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA). Sel yang sihat dapat memudahkan proses persenyawaan
  • Zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina
  • Para suami boleh consume Zinc dan Vit E Complex. Bertujuan mengembalikan tenaga kelakian, dan meningkatkan jumlah dan kualiti air mani,
Serba-sedikit perkongsiaan secara umum tentang kepentingan dan kebaikan supplemen yang terkandung dalam Set Kesuburan ni. Kita hanya merancang, dan jangan berhenti berusaha. Selebihnya berserahlah kepada Allah s.w.t. Allah sudah merancang yang terbaik untuk tiap-tiap hambanya.

Inilah perjalanan saya sebagai seorang bakal ibu,dari mula disahkan hamil hingga kehamilan terkini.

Bulan pertama kehamilan. 

Saya tak sedar saya hamil kerana tak mengalami morning sickness, mabuk, atau tanda-tanda lain. Saya lakukan pemeriksaan sendiri di rumah bila sudah lewat datang bulan 



Bulan keempat kehamilan.

Sangat-sangat suka berjalan. Pantang suami ada rumah, ada je alasan saya nak berjalan. Nak cari ni la,nak tukar ni la. Semua tu sebab-musabab nak berjalan cuci mata cuci duit


Bulan kelima kehamilan

Saya berkonvo ketika hamil 5 bulan. Suka-suki dengan kawan-kawan, sampai banyak kali kena tegur dengan suami. Sibuk juga nak pakai kasut tumit tinggi,berangan awak tu macam anak dara lagi. Perut tak nampak sangat sebab saya sengaja ambil jubah yang oversize

Sekarang,waktu menulis ni, saya sedang hamil 7 bulan. Anak kuat menendang,menyiku,nasib dia tak boleh berlari je. Apa yang paling penting, iqa tak pernah berhenti mengambil supplemen. Iqa teruskan dengan SET KEHAMILAN seperti yang iqa gembar-gemburkan dalam post sebelum ni.

Perasan atau tidak, kebanyakan supplemen untuk SET KESUBURAN, SET KEHAMILAN, SKINCARE SET semuanya berpusing-pusing pada jenis supplemen yang sama. Jadi, tak perlu lah kita membazir nak main tukar-tukar sebab supplemen ni boleh bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Sekali beli boleh guna untuk subur,ketika hamil,juga penjagaan kulit. Berbaloi-baloi sangat kan

Apa-apa pun iqa dan suami bersyukur sangat-sangat sebab diberikan anugerah terindah ini oleh Allah s.w.t. Allah pinjamkan nikmat kebahagiaan mengandung dan in shaa Allah melahirkan sehingga lah membesarkan anak-anak kelak

Doakan iqa dan kandungan. Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita bersama.

Sebarang konsultasi, nasihat dan cara pengambilan akan diberikan secara PERCUMA mengikut keadaan dan kesesuaian masa



SHAFIQAH | 013 442 1663

 


* Ini hanyalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk mendiagnosis,mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.  
    Tidak semestinya akan segera hamil dengan sekali pengambilan. Usaha harus juga diselangi dengan doa. Bergantung
    juga terhadap taraf kesihatan dan rezeki masing-masing





No comments:

Post a Comment