Thursday 6 February 2014

MY JOURNEY, MY STORY...: The very first image of my passenger

MY JOURNEY, MY STORY...: The very first image of my passenger: Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Kali ni iqa nak menulis sikit tentang perasaan, perasaan berdebar sementara menanti kelahiran...

The very first image of my passenger

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Kali ni iqa nak menulis sikit tentang perasaan, perasaan berdebar sementara menanti kelahiran anak sulung kami. Hari ni genaplah baby dalam perut ni 33 minggu. Lagi beberapa minggu InshaAllah kita akan bertemu ye anak. Doakan kami ye semua. 

Setakat ni semuanya baik-baik aje. Tahap kesihatan pun OK, berat badan pun macam OK, (tapi tetap nampak debab dari sebelum mengandung), mood pun OK, persiapan menyambut kelahiran pun OK. Iqa dah all out shopping dengan suami minggu lepas. Basah gak 'tekiak' kita. Waktu shopping tu ligat,laju je,tak rasa macam bawak passenger dalam perut pun. 

Cerita tentang persiapan. Alhamdullilah,hampir lengkap. Yang belum dibeli adalah sikit-sikit macam pampers anak. Sebelum pergi shopping keperluan baby pagi tu kami buat scan 4D dulu. Iqa dah siap call awal-awal nak pastikan doktor ada ke tak. Doktor dan staff di situ memang baik dan ramah. Cuma kan kawan-kawan kita dah terlewat buat scan la. Sepatutnya, masa terbaik untuk scan 4D ni waktu minggu 25 hingga minggu 28. Iqa pergi waktu baby dah masuk minggu 31. Jadi,kurang jelas lah imej baby ni sebab dia dah besar,dah memenuhi ruang perut ibu dia ni


Boleh nampak tak? Siapa nampak memang terer. Baby pun dah tau malu. Baby kepit kaki, tak kasi tengok baby punya jantina. Jadi misteri kekal misteri. ^_^

Sesiapa yang nak scan 2D atau 4D anak dalam kandungan, iqa cadangkan pergi la ke
Pusat Perubatan An-Nur
(betul-betul dekat bulatan airport Batu Berendam Melaka)
Tel. num: 06 553 2818

Tak perlu menunggu terlalu lama,doktor baik,paling penting doktor perempuan dan Muslim. Iqa memang akan pastikan doktor yang akan check iqa adalah perempuan dan Muslim. Yelah, dia kan nak tengok,pegang-pegang puyut kita. Lainlah kalau dalam keadaan terdesak atau kesakitan,relakan jelah sesiapa pun tengok aurat kita.

Waktu scan tu nampaklah baby yang tengah sangat aktif bergerak-gerak tunjuk power depan ibu ayah. Bukan main lagi tangan baby macam kickboxing. Doktor cakap baby aktif dan pergerakan baby pantas. Oh,sooooooo like ayah eh. Copy paste betul

Lepas scan tu kami ibunda dan bapakanda baby pun menuju ke stop centre keperluan baby. Beli-beli,belah-belah,balik rumah. 


 Antara barang-barang baby yang ibunda dan bapakanda beli. Barang lain macam baby cot sebulan yang lepas dah bertapa kat bilik dah. Tapi kan,selagi tak deliver selagi tulah rasa macam ada je barang tak cukup. Padahal tak perlu pun banyak-banyak,ibu cakap baby cepat besar. 

Seperkara lagi, sepanjang mengandung ini haruslah ibu-ibu semua ambil suplemen yang memenuhi keperluan badan kita. Shaklee ada menyediakan keperluan yang cukup untuk ibu dan anak. Set Kehamilan Shaklee memang lengkap dan InshaAllah memelihara bayi dalam kandungan dan ibu juga


Set Kehamilan Shaklee

Entry sebelum ni iqa ada ceritakan secara terperinci tentang kebaikan dan kepentingan setiap produk. Penting sangat-sangat suplemen kerana tubuh badan kita secara klinikalnya tidak mampu menampung sepenuhnya keperluan nutrien untuk ibu dan anak. Tak ambil semua pun takpe, asalkan ada satu dua suplemen yang ibu ambil demi anak yang dikandung. Fikirkan tentang anak ye ibu-ibu penyayang sekalian 

Selepas ni, iqa akan cerita,share-share tentang Set Berpantang Shaklee pula ye. Seronok untuk berkongsi perkara baik. Selain itu kita ada set untuk ibu,bakal ibu,bukan ibu,kawan ibu ke,partner ibu,eh banyak lah. Antaranya, Skincare Set,Set Kesuburan,Set Feminin khas untuk wanita,Set Maskulin khas untuk lelaki dan macam-macam lagi produk untuk setiap keperluan.

Anda semua dijemput untuk terus tanya pada iqa,boleh borak-borak,tukar-tukar cerita dan pengalaman. Jangan malu jangan segan. Iqa memang tak makan orang,iqa makan nasik,kadang-kadang kentaki kadang-kadang mekdi. 

Okeh la, dah hampir Maghrib pun ni. Jom siapkan diri untuk sujud kepada Yang Esa jom. Usaha-usaha juga,doa-doa juga


Love,

Shafiqah | 013 442 1663 ,  FB | Shafiqah Liyana
 


* Ini adalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau mendiagnosis sebarang jenis penyakit. Setiap usaha harus diselangi dengan doa