Wednesday 15 October 2014

ESP Cinta Hatiku

Assalamualaikum...hari ini berapi-api semangatnya nak menulis tentang produk kesayangan saya,cinta hati saya,yang paling banyak saya order untuk diri sendiri. Sambil pangku anak ni,sambil saya nak share dengan sayang-sayangku sekalian what is ekceli ESP?
ESP singkatan bagi Energizing Soy Protein. Diperbuat daripada kacang soya yang mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) di mana ia diproses pada suhu yang rendah. Setiap 850 gram (sebalang) ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya. Hebat kan. Teksturnya macam susu tepung tu tetapi lebih halus dan berperisa vanila. Emm memang sodap.
Saya suka bancuh dengan Bliss. Yummeh





ESP boleh dibancuh dengan apa-apa sahaja minuman kegemaran anda. Milo ais, VITAGEN ke, macam saya suka dengan Bliss ni. ( akan share resepi menarik ESP dalam post seterusnya)TETAPI jangan dibancuh dengan air panas kerana akan merosakkan khasiatnya. 
Apa pulak manfaat ESP ni?
  • Awet Muda - Membina kulit,rambut,kuku,darah.organ yang lebih sihat. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - Kaya dengan isoflavones. Fungsinya sama seperti hormon wanita. Sangat baik untuk wanita yang ingin meningkatkan kesuburan.
  • Baik untuk sistem reproduktif - Baik dalam pemulihan uterus,ovari,dan pembesaran prostat
  • Kulit remaja - Kulit akan menjadi lebih tegang dan berseri-seri
  • Pembekal tenaga - Kekal bertenaga, cegah insomnia,dan migrain
  • Milk booster bagi ibu yang menyusukan anak
  • Memudarkan Parut
  • Percepat penyembuhan luka
  • Membaiki Pigmentasi
  • Meningkatkan kualiti memori
  • Sangat bagus untuk mereka yang berdiet kerana ia mengenyangkan. 
 
 Memang terbukti ESP ni bukan saje sedap tetapi juga kaya-raya,mewah dengan khasiat. 2-3 susu sahaja sehari

Siapa perlukan ESP?
  • Pelajar
  • Yang inginkan kulit cantik,pejal,sihat
  • Golongan berkerjaya. Sebab mudah nak bancuh,tak ambil masa,boleh jadi pengganti makanan
  • Wanita yang ingin hamil,dapat meningkatkan KESUBURAN
  • Ibu hamil. Ibu menyusu
  • Yang sentiasa keletihan
  • Golongan yang ingin BERDIET
Ada rasa macam tergoda tak,terjungkit-jungkit kaki nak pergi order kan. Sebalang ESP ni boleh bertahan lebih kurang 2-3 bulan. Berbaloi-baloi kan. Harga pun sangatlah berpatutan. 
Okeh la,jika berminat,ada rasa macam nak cantik,nak sihat,nak menawan,eh nak apa sahaja bolehlah cuba-cuba dulu. Knok knok saya untuk borak-borak dengan lebih lanjut dan mesraaaaa


PM | SMS |WA
Shafiqah
013 442 1663

* Ini adalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk mengubat,merawat sebarang jenis penyakit. Usaha haruslah diselangi dengan doa

 

Thursday 6 February 2014

MY JOURNEY, MY STORY...: The very first image of my passenger

MY JOURNEY, MY STORY...: The very first image of my passenger: Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Kali ni iqa nak menulis sikit tentang perasaan, perasaan berdebar sementara menanti kelahiran...

The very first image of my passenger

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Kali ni iqa nak menulis sikit tentang perasaan, perasaan berdebar sementara menanti kelahiran anak sulung kami. Hari ni genaplah baby dalam perut ni 33 minggu. Lagi beberapa minggu InshaAllah kita akan bertemu ye anak. Doakan kami ye semua. 

Setakat ni semuanya baik-baik aje. Tahap kesihatan pun OK, berat badan pun macam OK, (tapi tetap nampak debab dari sebelum mengandung), mood pun OK, persiapan menyambut kelahiran pun OK. Iqa dah all out shopping dengan suami minggu lepas. Basah gak 'tekiak' kita. Waktu shopping tu ligat,laju je,tak rasa macam bawak passenger dalam perut pun. 

Cerita tentang persiapan. Alhamdullilah,hampir lengkap. Yang belum dibeli adalah sikit-sikit macam pampers anak. Sebelum pergi shopping keperluan baby pagi tu kami buat scan 4D dulu. Iqa dah siap call awal-awal nak pastikan doktor ada ke tak. Doktor dan staff di situ memang baik dan ramah. Cuma kan kawan-kawan kita dah terlewat buat scan la. Sepatutnya, masa terbaik untuk scan 4D ni waktu minggu 25 hingga minggu 28. Iqa pergi waktu baby dah masuk minggu 31. Jadi,kurang jelas lah imej baby ni sebab dia dah besar,dah memenuhi ruang perut ibu dia ni


Boleh nampak tak? Siapa nampak memang terer. Baby pun dah tau malu. Baby kepit kaki, tak kasi tengok baby punya jantina. Jadi misteri kekal misteri. ^_^

Sesiapa yang nak scan 2D atau 4D anak dalam kandungan, iqa cadangkan pergi la ke
Pusat Perubatan An-Nur
(betul-betul dekat bulatan airport Batu Berendam Melaka)
Tel. num: 06 553 2818

Tak perlu menunggu terlalu lama,doktor baik,paling penting doktor perempuan dan Muslim. Iqa memang akan pastikan doktor yang akan check iqa adalah perempuan dan Muslim. Yelah, dia kan nak tengok,pegang-pegang puyut kita. Lainlah kalau dalam keadaan terdesak atau kesakitan,relakan jelah sesiapa pun tengok aurat kita.

Waktu scan tu nampaklah baby yang tengah sangat aktif bergerak-gerak tunjuk power depan ibu ayah. Bukan main lagi tangan baby macam kickboxing. Doktor cakap baby aktif dan pergerakan baby pantas. Oh,sooooooo like ayah eh. Copy paste betul

Lepas scan tu kami ibunda dan bapakanda baby pun menuju ke stop centre keperluan baby. Beli-beli,belah-belah,balik rumah. 


 Antara barang-barang baby yang ibunda dan bapakanda beli. Barang lain macam baby cot sebulan yang lepas dah bertapa kat bilik dah. Tapi kan,selagi tak deliver selagi tulah rasa macam ada je barang tak cukup. Padahal tak perlu pun banyak-banyak,ibu cakap baby cepat besar. 

Seperkara lagi, sepanjang mengandung ini haruslah ibu-ibu semua ambil suplemen yang memenuhi keperluan badan kita. Shaklee ada menyediakan keperluan yang cukup untuk ibu dan anak. Set Kehamilan Shaklee memang lengkap dan InshaAllah memelihara bayi dalam kandungan dan ibu juga


Set Kehamilan Shaklee

Entry sebelum ni iqa ada ceritakan secara terperinci tentang kebaikan dan kepentingan setiap produk. Penting sangat-sangat suplemen kerana tubuh badan kita secara klinikalnya tidak mampu menampung sepenuhnya keperluan nutrien untuk ibu dan anak. Tak ambil semua pun takpe, asalkan ada satu dua suplemen yang ibu ambil demi anak yang dikandung. Fikirkan tentang anak ye ibu-ibu penyayang sekalian 

Selepas ni, iqa akan cerita,share-share tentang Set Berpantang Shaklee pula ye. Seronok untuk berkongsi perkara baik. Selain itu kita ada set untuk ibu,bakal ibu,bukan ibu,kawan ibu ke,partner ibu,eh banyak lah. Antaranya, Skincare Set,Set Kesuburan,Set Feminin khas untuk wanita,Set Maskulin khas untuk lelaki dan macam-macam lagi produk untuk setiap keperluan.

Anda semua dijemput untuk terus tanya pada iqa,boleh borak-borak,tukar-tukar cerita dan pengalaman. Jangan malu jangan segan. Iqa memang tak makan orang,iqa makan nasik,kadang-kadang kentaki kadang-kadang mekdi. 

Okeh la, dah hampir Maghrib pun ni. Jom siapkan diri untuk sujud kepada Yang Esa jom. Usaha-usaha juga,doa-doa juga


Love,

Shafiqah | 013 442 1663 ,  FB | Shafiqah Liyana
 


* Ini adalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau mendiagnosis sebarang jenis penyakit. Setiap usaha harus diselangi dengan doa



 

Monday 13 January 2014

Tawan Si Dia dengan Kulit Sihat & Cantik

Assalamualaikum

Kali ini iqa akan share tentang produk kegilaan ramai. Skincare Set yang memang tengah fast selling. Ramai pelanggan yang terbaca atau dengar tentang set ni daripada rakan-rakan atau pun pengalaman daripada pengguna yang lain. Ok,takpe..meh iqa cerita tentang Skincare Set yang tengah meletopp-letoopp ni

Sedikit perkongsiaan tentang punca-punca kulit kita nampak kusam dan tak bermaya

  • Pencemaran
  • Asap rokok
  • Diet yang tidak seimbang
  • Pengambilan ubat 
  • Kekurangan zat dalam tubuh badan
  • Penyakit
  • Faktor-faktor lain
Jadi, memang setiap dari kita memang berhadapan dengan masalah-masalah ni. Asal keluar rumah je kena asap rokok,asap kenderaan.udara kotor. Makanan kita pun tak tentu lagi bersih dan boleh memberi kesan pada tubuh badan kan. Macam mana kulit nak bersih, nak shinning nak glowing. 

Lagi satu isu adalah KANDUNGAN KIMIA dalam produk-produk penjagaan kulit yang lain. Memang lah nak cantik, nak putih, nak glowing tapi kita tahu atau tidak kandungan sebenar produk-produk kecantikan yang kita ambil tu. Memang iqa takut berjaga-jaga sangat dengan isu yang satu ni. Jadi, iqa akan cari produk yang 100 % SEMULAJADI, 100% HALAL dan tiada pengawet,pewarna tiruan atau bahan-bahan asing yang lain. 

Usha sikit produk yang orang berlumba-lumba kejar ni

 Memang sangat-sangat laku macam pisang goreng panas. Mana-mana orang tanya ada lagi tak? Boleh order lagi?. Eh,kenapa tak boleh pulak. Semua orang berhak cantik dan nampak berseri-seri kan. Jangan bimbang tentang kandungannya, dah beribu kajian dilakukan oleh syarikat ini. Dan iqa tak suggest kalau iqa sendiri tak yakin.

Apa yang boleh suplemen ini lakukan?

VITA- C

  • Membentuk kolagen. Kolagen mampu mempertingkatkan keanjalan kulit
  • Mengelakkan kulit kasar
  • Memerangi kanser dengan merangsang pengeluaran T-cells dan menghapuskan radikal bebas
  • Mencantikkan kulit dengan menyekat pembentukan pigmen.Pigmen punca kejadian jeragat
B COMPLEX

  • Melawan tekanan
  • Detoksifikasi
  • Menganjalkan kulit
  • Meredakan masalah kewanitaan (senggugut,keputihan)
  • Baik untuk kulit
VITA-E COMPLEX

  • Anti penuaan
  • Memulihkan tekstur kulit
  • Mengurangkan kedut
  • Mengurangkan akne dan parut-parut lama
  • Boleh digunakan terus ke atas luka atau kulit bermasalah
  • Melindungi jantung
  • Meningkatkan kemampuan reproduktif
  • Membaiki kitaran darah dan sendi
  • Anti Penuaan
Tengok tu..betapa banyaknya khasiat suplemen dalam Skincare Set. Bukan sahaja untuk kulit tetapi juga untuk tubuh badan kita

Pengalaman iqa sendiri. Baru-baru ni iqa jalani check-up kehamilan di klinik. Perkara yang tak terduga apabila doktor yang memeriksa kandungan selak baju,selak kain iqa nak check baby kat dalam terus usap-usap perut dan badan iqa. Doktor cakap kulit badan dan perut iqa bersih, takde tanda,cerah semua. Siap panggil nurse lain untuk tengok. Sumpah terkezutt! Suami sendiri pun tak pernah puji macam tu taw.Apa-apa pun jangan lupa ucap Alhamdullilah.....

okeh, jom tengok gambar perut iqa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Hahahahaha...takdo nyo lah iqa nak letak gambar perut kat sini. Nak kono kojar dengan laki den 

Bukan itu sahaja ye,tak keterlaluan kalau iqa cerita sikit,kawasan-kawasan tersembunyi macam bawah lengan,celah paha,leher,celah-celah mana lagi akan beransur cerah dan bersih. Takde la rungsing nak cover-cover, tepek bedak banyak-banyak bagi nampak konon-konon putih. Ini yang diceritakan sahabat iqa sendiri yang mengaku kawasan-kawasan tersembunyi dia dah cerah dan bersih sangat. Untung la encik suami kan ^_^

Jadi, apa tunggu lagi? Semua orang nak nampak cantik berseri-seri secara selamat dan semulajadi kan? Pada isteri-isteri mithali semua, jom kita tawan hati para suami dengan kecantikan dan keserian kulit kita. Biar encik suami semua tak sabar nak balik dari tempat kerja. teheeee

Pada bakal-bakal isteri, tak kira lah nak kahwin tak lama lagi ke, lambat lagi ke jom buat SURPRISE untuk bakal suami kita. Amek kawww, tengok kulit den yang bersinar-sinar ni. 

Jom bina keyakinan diri,jom jadi cantik

Semua pelanggan iqa akan dapat konsultasi,dan bimbingan secara PERCUMA ye. Jangan malu-malu nak bertanya atau share apa-apa. Iqa di sini menanti dengan tangan terbuka
 

SHAFIQAH | 013 442 1663       SID | 914521


* Ini adalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk mendiagnosis,mencegah,atau merawat penyakit. Usaha harus diselangi dengan doa yang tidak putus-putus



Saturday 4 January 2014

Perjalanan Seorang Bakal Ibu

Assalamualaikum...salam 'sabtu'day semua

Kali ni iqa nak cerita sikit pengalaman sendiri bagaimana iqa berusaha untuk hamil,saat disahkan hamil dan penjagaan sepanjang kehamilan.

Sejak bernikah iqa memang sangat-sangat berharap iqa terus mengandung. Bulan pertama,belum lagi. Masuk bulan kedua,tak lekat lagi. Suami dan ibu lah jadi tukang pujuk iqa. Mereka selalu cakap yang Allah akan bagi rezeki anak ni waktu iqa betul-betul bersedia. Benar, Allah telah merancang yang terbaik untuk setiap hambanya. Sebab bulan pertama dan kedua perkahwinan, iqa sedang sangat-sangat sibuk menghabiskan saki-baki pengajian, sibuuukkk saaangatt siapkan tesis akhir,persediaan untuk viva lagi. 

 Lagi satu perkara, sebenarnya mula-mula berkahwin iqa tak tetap dalam pengambilan supplemen, konon-konon busy betul dengan pengajiaan, busy belek suami ^_^, sudah masuk bulan ketiga barulah terkedek-kedek nak telan semua supplemen dan vitamin yang ada (yelah kita perlu berusaha kemudian barulah berserah pada yang Esa). Antara sebab iqa menulis, sebab iqa nak sangat sangat sangat sangat berkongsi dan membantu kawan-kawan yang berusaha nak hamil. 

Ini antara supplemen yang iqa ambil sebelum hamil

 
SET KESUBURAN

Tu diaaaaa....inilah antara supplemen yang iqa consume untuk menjayakan misi mengandung cepat ni. Sebenarnya, kebanyakan supplemen ini adalah antara supplemen yang sama dengan supplemen yang terkandung dalam SKINCARE SET. Jadi,ala-ala 2 in 1, menyuburkan badan sesubur pokok bunga kertas depan rumah kita tu, dan juga mencantikkan,mencerahkan dan membaiki kekurangan pada kulit muka kita. 
Mengapa perlu pengambilan supplemen bagi mereka yang ingin hamil?
  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. Cecair serviks membantu sperma untuk hidup lebih lama iatu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio
  •  Mengatasi masalah kewanitaan (keputihan,senggugut)  
  • Menguatkan rahim
  • Mengekalkan keinginan seksual 
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah'
  • Menyuburkan organ reproduksi juga membentuk sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA). Sel yang sihat dapat memudahkan proses persenyawaan
  • Zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina
  • Para suami boleh consume Zinc dan Vit E Complex. Bertujuan mengembalikan tenaga kelakian, dan meningkatkan jumlah dan kualiti air mani,
Serba-sedikit perkongsiaan secara umum tentang kepentingan dan kebaikan supplemen yang terkandung dalam Set Kesuburan ni. Kita hanya merancang, dan jangan berhenti berusaha. Selebihnya berserahlah kepada Allah s.w.t. Allah sudah merancang yang terbaik untuk tiap-tiap hambanya.

Inilah perjalanan saya sebagai seorang bakal ibu,dari mula disahkan hamil hingga kehamilan terkini.

Bulan pertama kehamilan. 

Saya tak sedar saya hamil kerana tak mengalami morning sickness, mabuk, atau tanda-tanda lain. Saya lakukan pemeriksaan sendiri di rumah bila sudah lewat datang bulan 



Bulan keempat kehamilan.

Sangat-sangat suka berjalan. Pantang suami ada rumah, ada je alasan saya nak berjalan. Nak cari ni la,nak tukar ni la. Semua tu sebab-musabab nak berjalan cuci mata cuci duit


Bulan kelima kehamilan

Saya berkonvo ketika hamil 5 bulan. Suka-suki dengan kawan-kawan, sampai banyak kali kena tegur dengan suami. Sibuk juga nak pakai kasut tumit tinggi,berangan awak tu macam anak dara lagi. Perut tak nampak sangat sebab saya sengaja ambil jubah yang oversize

Sekarang,waktu menulis ni, saya sedang hamil 7 bulan. Anak kuat menendang,menyiku,nasib dia tak boleh berlari je. Apa yang paling penting, iqa tak pernah berhenti mengambil supplemen. Iqa teruskan dengan SET KEHAMILAN seperti yang iqa gembar-gemburkan dalam post sebelum ni.

Perasan atau tidak, kebanyakan supplemen untuk SET KESUBURAN, SET KEHAMILAN, SKINCARE SET semuanya berpusing-pusing pada jenis supplemen yang sama. Jadi, tak perlu lah kita membazir nak main tukar-tukar sebab supplemen ni boleh bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Sekali beli boleh guna untuk subur,ketika hamil,juga penjagaan kulit. Berbaloi-baloi sangat kan

Apa-apa pun iqa dan suami bersyukur sangat-sangat sebab diberikan anugerah terindah ini oleh Allah s.w.t. Allah pinjamkan nikmat kebahagiaan mengandung dan in shaa Allah melahirkan sehingga lah membesarkan anak-anak kelak

Doakan iqa dan kandungan. Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita bersama.

Sebarang konsultasi, nasihat dan cara pengambilan akan diberikan secara PERCUMA mengikut keadaan dan kesesuaian masa



SHAFIQAH | 013 442 1663

 


* Ini hanyalah makanan tambahan. Bukan bertujuan untuk mendiagnosis,mencegah atau merawat sebarang jenis penyakit.  
    Tidak semestinya akan segera hamil dengan sekali pengambilan. Usaha harus juga diselangi dengan doa. Bergantung
    juga terhadap taraf kesihatan dan rezeki masing-masing